Wednesday, February 18, 2009

Hanna ~ newborn

Nur Hanna Irdina lahir pada 1/6/2008, jam 7.08 ptg @ Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Plan nak lahirkan Hanna di Hospital Putrajaya. Dah dapat date 9/6/08..tapi oleh kerana Hanna dah nak keluar cepat, so jadi ler 'orang nogori'. Takpo la Na, janji sumo eh selamat..alhamdulillah. Syukur juga ibu senang melahirkan Hanna & hanya 45minit saja berjuang dalam labour room.

So, ini wajah Hanna masa newborn. Wajah my precious baby yang ibu ayah tunggu selama 7tahun. Speechless..mmg tak tau nk kata apa tatap wajah Hanna. Semua rasa ada. Actually gambar ni diambil the next morning, guna h/p ibu je. Gambar Hanna betul2 newborn beberapa jam selepas dilahirkan byk dlm h/p ayah..tp bole ayah terdelete plak. Sayang sgt..!

Wednesday, February 4, 2009

Kronologi kelahiran Nur Hanna Irdina

1/6/2008, Ahad ~ Seawal 6.30pg saya terjaga untuk solat Subuh. Tiba2 rasa basah je..then bila bangun dari katil, ghauuu air ketuban meleleh turun. Saya then terus ke tandas, cuci muka, gosok gigi then kejutkan hubby ajak ke hospital. Tiba di hospital dalam kul 7.15pg. Hubby drop saya kat kecemasan. Ada beberapa org lelaki kat situ, MA2 la tu. Saya pun bgtau nak bersalin, air ketuban dh pecah. Sorang MA chinese tu tanya dah berapa bulan..bila ckp je dh 9, dia suruh naik tingkat 1, wad bersalin.

So, saya pun naik tingkat satu. Tak tau nak arah kemana, saya terus masuk wad..jumpa nurse, bagitau kat dia..haaa..haaa! Nurse suruh pergi kat ’screening room’ kat sebelah wad tu. Sampai ’screening room’ tu, kena tggu kejap dlm 10min ..coz nurse & doctor tgh attend sorang patient ni. Saya dah x selesa nih..air kuar non stop. Tak lama tu dia suruh masuk bilik & tukar baju pink. Then 2 org doctor India masuk, prepare segala mcm tools..ish ngeri ar tgk. Doctor cek utk confirm samada betul or tak air ketuban yg keluar. Sah! air ketuban dia kata. Bukaan masa tu baru 1cm. Bila bgtau pasal date c-zer 9/6 tu, byk ler tanya dia. Tp, oleh kerana saya x nk amik risiko, sy bgtau nak c-zer jugak! Diorang suruh sign segala surat, amik darah & suruh masuk wad dulu.

8.30pg ~ dalam wad, nurse dah siap tukarkan saya dgn uniform OT. Dah mskkan tiub saluran kencing segala..& saya tak diberi makan/minum pun time breakfast..coz nak ops kena puasakan.

11.00pg ~ doktor datang bgtau, OT x boleh buat ops lagi sebab air x ada! Maybe seluruh Sban x ada air kot, x tau la..& air hanya ada kul 6ptg nanti. OT akan buat kes2 yg betul2 emergency ajer. Doc siap offer, if saya nak gi Hosp Putrajaya, dia leh arrange. Tapi sy x nak..sy tggu ler smp ptg nanti. Lgpun, hubby dh on the way balik Putrajaya, amik beg baju2 baby (bole tak bw bag bj baby..kan dh ready nk c-zer next week kekononnya..heee heee!)
Haa! masa ni dah start sakit2 pinggang..contraction la rupanya..! Kak long saya yg keje kat wad CCU turun tgk..dia ckp mmg contraction ler tu. Tapi x kuat lg..mile contraction ajer.

12.30 tgh ~ hubby datang bawa baju2 saya & baju baby. Then kelam kabut uruskan GL (GL pun x sempat buat lg tau..!) Try uruskan nk tukar wad 2nd class skali..tp x ada kosong. Sakit makin kuat..x tau nak cakap camna. Hubby suruh sabar & istigfar banyak2. Suruh hubby bgtau nurse dh sakit sgt. Rasa nk cecepat je masuk OT, c-zer..! Huuu..huu!
1.00tgh ~ nurse dtg bawa wheel chair. Masuk satu bilik then sorang doctor perempuan dtg cek. Bukaan baru 2cm dia kata. Dia bgtau, normally first baby lambat bukaannya. Dia suruh nurse bagi ubat tahan sakit.

4.00ptg ~ dah 3 jam tggu baru nurse bagi ubat tahan sakit. Katanya ubat tu boleh buat mengantuk. Memang pun..lepas tu je jadi mamai saya. Tapi sakitnya tetap rasa..makin sakit, makin kuat. Paksa lagi my hubby bgtau nurse, dh sakit sgt!
4.30ptg ~ my family in law dtg visit. Masa ni diorang ajak berbual pun dh malas nak layan..no mood ok! sakit sesangat dh! Hubby dh pi solat Asar. Masa ni dh rasa contraction dtg every 5mins.

5.00ptg ~ masih dok menahan sakit ya amat! Then my biras suruh hubby dia (my adik ipar) bgtau nurse. Maybe dia tgk saya dh sakit sesangat. Apa diorang tanya pun saya dh malas nak jawap..sakit ok! Bila sakit je pggang tu, immedietly rasa nak push itu datang. Mmg rasa nk push sgt2 dh..normal pun normal la. X kisah memana pun..

6.00ptg ~ baru nurse dtg bw wheel chair, tolak gi bilik. Bila doctor cek je, bukaan dah 9cm. Haa! amik ko..lambat konon katanya. Doctor terus suruh nurse amik katil, nk tolak ke labour room.

6.15ptg ~ dalam labour room. x ada patient lain selain saya. so diorang suma entertaint saya
100%. rasanya dekat 10 org yg mengelilingi saya termasuk my hubby. Semua bagi support suruh try push sebaik mungkin. Oh! ya, masa kat labour room ni sy bgtau doctor, sy tak makan/minum dari pagi, tak pa ke? Doc ckp, as long as saya confident, everything would be occay! Mmg confident pun, dh rasa nk push sgt2 dah nih! Then rasa nk terberak plak..nurse ckp x pa nak berak pun berak ler..janji push je sekuat hati. Dah 3 kali try push, baby x kuar lg..doctor suruh hubby tgk kepala baby dh nampak..means lg sket je nak try. Hubby pun bagi semangat lg..katanya lg sket je yang..sket je lg! Doctor pun kata, if kali ni try x kuar juga, dia nak vakum..akhirnya kali ke 4 try tu, dgn sekuat hati push, Hanna pun meluncur keluar dgn lajunya pada jam tepat 7.08ptg. Doc sambut, then terus letak atas badan saya. Dia ckp ’such a small baby..’ Huu huu..terharu ok! X tau nk gambarkan perasaan saya masa tu. Syukur sesangat segalanya dh selamat.

9.00 mlm ~ setelah dikuarantinkan sekejap kat labour room, diberi minum milo yg saya rasa milo paling sedap penah saya rasa ( ye la..dh kehausan sesgtkan..dh ler x makan/minum dr pagi), maka saya & baby pun ditolak masuk ke wad. Hubby & my kak long dah tggu kat luar wad. Sesampai dlm wad, hubby terus iqamatkan Hanna..kak long bawa nasi & lauk utk saya. First time mkn lauk org pantang, occay! Tp x lalu, x habis pun saya mkn. Then hubby balik nak tanam uri..saya & baby dok la bermalam di hospital. Malam tu saya x boleh tido, dok tgk baby je dlm cot. Lg satu, x sabar nak tggu siang, nak balik rumah. Hanna mlm tu baik sesangat..x nangis pun just ehek..ehek je. Bila jaga dari tido je..mulut terkumat kamit..maybe nk minta susu tp x pandai lg kot. Bila tgk mulut dia camtu, sy pun b/feed dia. Tengah mlm tu tukar pampers dia sebab dia berak. Bila baby dah berak, lg ler x sabar nak balik esoknya.

2/6/2008, Isnin ~ By tengahari nurse bgtau dh boleh discharge. Hubby dtg dgn my mum in law. Hubby settlekan segala urusan utk discharge then around 2pm saya & Hanna dh balik rumah. Then, bermula la pengalaman sebagai 'ibu baru' bersama baby yang ditunggu sekian lama..maka, kehidupan kami berdua pun totally change. Dari berdua, kini bertiga, kini bergelar ibu & ayah. Hopefully kami akan menjadi parents yang bertanggungjawab & terbaik buat our lil angel ~ NUR HANNA IRDINA MOHD SAIFULLIZAN..aminnn!

Dimulakan dgn bismillah..

Hanna ~ 6 1/2 mths


Bismillah hirrahman nirrahimm..

Assalamualaikum.

Insyaallah, from now onwards, saya akan abadikan kisah-kisah serta gamba-gambar my beloved daughter Nur Hanna Irdina disini. Blog ini ibu create khas untuk Hanna. Ibu & ayah loved you soooo muchhh Hanna..muahhhhhhhhhhhh! Our precious baby yang kami tunggu selama 7 tahun.